Sunday, October 11, 2009

Majlis Anugerah Dekan & Sambutan Raya FST 2009

0comments

Pada hari Rabu ini (14 Oktober 2009) bersamaan dgn 25 Syawal 1430H akan diadakan Majlis Anugerah Dekan FST & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FST. Berikut adalah makluman tempat & masa bg kedua2 majlis:


Majlis Anugerah Dekan FST Semester II Sesi 2008/2009
Tarikh: 14 Oktober 2009
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: DKF1.2 FKP

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FST Peringkat Pelajar
Tarikh: 14 Oktober 2009
Masa: 11.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Perkarangan Bangunan MPG FST

Semua pelajar FST dijemput hadir ke Majlis Anugerah Dekan FST.

Semua pelajar FST juga dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya FST. Pakaian adalah Baju Raya...pelbagai aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya bersama FST. Antaranya:
  • Jamuan Raya
  • Cabutan Bertuah
  • Baju Raya Tercantik
  • Karaoke Lagu Raya
  • Teka Lirik Raya
  • Gerai Paling Meriah
Jom bersama-sama memeriahkan lagi majlis anugerah dekan & Sambutan Hari Raya bersama FST pada kali.....Datang jangan tak datang!!! sengihnampakgigi
:wave:

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri

0comments

Di kesempatan ini, kami ahli sekretariat FST ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan, warga USIM dan sanak saudara yang jauh di mata.

Jemput datang rumah

Saturday, September 5, 2009

Gotong-royong Taman Herba

0comments

Aktiviti : Gotong-royong membersihkan taman herba
Tempat : Herbs Botanical Garden of FST
Tarikh : 2 September 2009


Pada ari rabu yang lalu, seramai 11 orang pelajar sekretariat bersama En Asri dan Dr Sharifah telah turut serta dalam membersihkan kawasan taman herba dan menanam pokok2 herba/tropika yang telah dibeli sebulan yang lalu. Ermmm, ada la beberapa pokok yang telah layu and hampir mati disebabkan tidak memenuhi syarat kesuburan sesuatu pokok tok terus survive exmple air, udara and cahaya mentari.

Start gotong-royong dkt2 kol 3.30, mencangkul, menimbus, menyiram, mencocok, memotong adalah aktiviti kami yg utama di sana. Even quite lasak, tp ada gak mmber2 yg datang hanya berpakaian buju kurung ala2 ayu la kot, hehe.


Kehadiran En Asri menaikkan semangat kami tok trus melakukan amal di bulan Ramadhan ni dengan bersungguh-sungguh dan pantas disebabkan kami dh plan nk beli juadah berbuka di Salak Tinggi, haha. Aktiviti selesai dlm pkol 5, balik uma mewangikan diri then trus g bazar.

Akhir kata, infiniti thanks/syukran/terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini. Semoga ukhwah dan semangat kite akan trus membara forever, insyaAllah.


Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih mendapat keberkatan dan keredhaanNya disamping diselangi dengan amalan2 yang mulia, insyaAllah.

Sunday, August 30, 2009

Salam MERDEKA!!!

0comments
بسم الله الرحمن الرحيم




Salam....Di kesempatan ini kami warga Sekretariat Pelajar FST ingin mengucapkan Salam Merdeka yg ke-52 kepada semua warga USIM & seluruh rakyat Malaysia...



"1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan"

Juga selamat meneruskan ibadah puasa yg kini sudah masuk hari yg ke-9...masyaallah, cepat sungguh masa berlalu....moga kemerdekaan kali ini disambut dengan penuh keberkatan & baik bersempena dengan bulan ramadan...Dan moga kemerdekaan negara kite terus berkekalan... amin....

Salam MERDEKA!!!!

babaiMERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!!!!!sengihnampakgigi

Friday, August 28, 2009

jauhilah ia..!hindarilah...

0comments

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supayadikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahuibahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksaAllah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selamaseribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan darirantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cairsampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim..
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar..
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha..
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidakkau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
Bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

>> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

p/s: sedangkan RasulAllah pun sangat bersedih, menangis, serta gundah gulana memikirkan umatnya,, sedarkah kita??

Sunday, July 19, 2009

بسم الله الرحمن الحيم

0comments
Assalamualaikum.....alhamdulillah, akhirnye siap juga blog sekretariat fst ini....
Selamat datang ke blog Sekretariat FST kepada semua warga USIM & juga warga luar.....
Welcome2..... :-)
Struktur Sekretariat Pelajar FST Sesi 2008/2009

Pengerusi
Mohd Solahuddin Al-Munozir
(Tahun 3 - Program Matematik Kewangan)

Timbalan Pengerusi
Nurfatiha bt Zainal
(Tahun 3 - Program Bioteknologi Makanan)

Setiausaha
Ummi 'Ainon Erda bt Mat Ghazali
(Tahun 2 - Program Fizik Gunaan)

Bendahari
Muhammad Izwan Bin Raif
(Tahun 2 - Program Sains Aktuari & Pengurusan Risiko)

Exco Akademik
Mohd Zakwan Nazmi Bin Mohd Zaim
(Tahun 2 - Program Fizik Gunaan)
Mohd Nazreen Aslam Bin Bahrom
(Tahun 2 - Program Matematik Kewangan)

Exco Publisiti & Penerbitan
Abdul Qaiyum Bin Musa
(Tahun 2 - Program Teknologi Kimia Industri)
Hannah 'Aqilah Bt Amran
(Tahun 2 - Program Keselamatan & Jaminan Maklumat)

Exco Sukan & Rekreasi
Muhammad Iqbal Bin Arifin
(Tahun 3 - Program Sains Aktuari & Pengurusan Risiko)
Nur Farah Bt Azmi
(Tahun 2 - Program Teknologi Kimia Industri)

Exco Kerohanian
Mohd Ridzwan Bin Mohd Sofberi
(Tahun 3 - Program Bioteknologi Makanan)
Khairunnisa Bt Ramli
(Tahun 2 - Program Bioteknologi Makanan)

Exco Pengantarabangsaan & Alumni
Zakiatul Nafsiah Bt Muhammad
(Tahun 3 - Program Sains Aktuari & Pengurusan Risiko)
Hidayatul Izni Bt Hayudin
(Tahun 2 - Program Matematik Kewangan)

Exco Hubungan Korporat & Industri
Nur Asila Bt Kamarolzaman
(Tahun 3 - Program Keselamatan & Jaminan Maklumat)
Nik Noraisyiah Bt Mohd Razak
(Tahun 3 - Program Matematik Kewangan)

Exco Pembangunan Teknologi & Inovasi
Mohd Aiman Bin Mohd Adnan
(Tahun 2 - Program Keselamatan & Jaminan Maklumat)
Ahmad Aizuddin Aizat Bin Tajul Arif
(Tahun 3 - Program Keselamatan & Jaminan Maklumat)

Exco Tugas-Tugas Khas
Muhammad Hafiz Bin Abu Bakar
(Tahun 2 - Program Bioteknologi Makanan)
Muhammad Shukri Bin Zakria
(Tahun 2 - Program Sains Aktuari & Pengurusan Risiko)
Takwim & Program-program Utama FST 2009


JULAI
- HAFOS
- Pertandingan Pidato Sains & Teknologi(PIST)

OGOS
- Program Penghayatan Islam (PROMISE)
- Sambutan Bulan Kemerdekaan FST

SEPTEMBER
- Jamuan Raya FST

OKTOBER
- Seminar Kerjaya
- Bengkel Penulisan Tesis

November
- Program Lawatan Ke Sabah
- Bengkel Latihan Industri
 

Sekretariat FST Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008